A- A A+

 OKU

  • yns-1
  • yns-2
  • yns-3
  • yns-4
  • yns-5

Bilangan Pelawat

0286737
hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan ini
Bulan Lepas
Keseluruhan Hari
421
708
1510
4334
16865
26490
286737

Online (15 minutes ago):33
33 guests

Your IP:54.198.28.114

Bayaran Balik Online

Bayaran Balik Pinjaman Online

Untuk Manual Pembayaran, sila Klik disini

  

Anugerah Aset Alih

Written by Super User on .

Anugerah Pengurusan Aset Alih Kerajaan

Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, 20 Februari 2017 - Bagi meningkatkan tahap pengurusan aset alih dan stor Kerajaan selaras dengan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP), maka naziran telah dilaksanakan ke atas Jabatan dan Agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan dan diberikan pengiktirafan. Naziran dilakukan terhadap Jabatan dan Agensi di Negeri Sembilan yang akan diaudit oleh Jabatan Audit Negara pada tahun 2016. Naziran Pejabat Kewangan Negeri telah melaksanakan naziran terhadap enam (6) Jabatan Negeri, dua (2) Pihak Berkuasa Tempatan dan empat (4) Badan Berkanun Negeri.

Yayasan Negeri Sembilan telah memperoleh 90.00% markah di mana berada dalam tahap sangat baik dan menerima penarafan 4 bintang daripada Pegawai Kewangan Negeri. Sijil pengiktirafan telah disampaikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Y.B. Dato’ Johani bin Hassan pada Mesyuarat Jawatankauasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) Peringkat Negeri Sembilan Bil. 1/2017 pada 20 Februari 2017 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan, Urusetia Aset dan semua kakitangan Yayasan Negeri Sembilan yang telah memberikan kerjasama semasa naziran dilaksanakan oleh pihak Pejabat Kewangan Negeri. Semoga pengiktirafan ini akan memberi semangat kepada semua kakitangan Yayasan Negeri Sembilan untuk terus berkhidmat dengan cemerlang pada masa akan datang.

 

 

Pautan Agensi

Pautan Akhbar

     

Pautan Laman Sosial

2016 © Hakcipta Terpelihara Yayasan Negeri Sembilan   Dasar Privasi /  Dasar Keselamatan

PENAFIAN

Yayasan Negeri Sembilan tidak bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi menerusi Laman ini.  Paparan terbaik adalah Google Chrome Browser, Mozilla Firefox Ver. 1.5 ke atas, Internet Explorer 7.0 atau 8.0 dengan resolusi 1024 x 768 minimum.

Bookmaker review site http://wbetting.co.uk/ for William Hill