A- A A+

 OKU

  • yns-1
  • yns-2
  • yns-3
  • yns-4
  • yns-5

Bilangan Pelawat

0286711
hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan ini
Bulan Lepas
Keseluruhan Hari
395
708
1484
4334
16839
26490
286711

Online (15 minutes ago):12
12 guests

Your IP:54.198.28.114

Bayaran Balik Online

Bayaran Balik Pinjaman Online

Untuk Manual Pembayaran, sila Klik disini

  

Bengkel Pengurusan Organisasi dan Retreat 2017

Written by Super User on .

Kuala Pilah- Seramai 60 orang pemimpin-pemimpin tertinggi Persatuan Mahasiswa anak Negeri Sembilan seluruh institusi pengajian tinggi awam Malaysia telah menyertai Bengkel Pengurusan Organisasi dan Retreat MANIS 2017 anjuran Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS) di D’Kok Camp, Kg Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 20 hingga 22 Januari 2017.

Persatuan yang dikenali sebagai PERMANIS/ PEMANIS/ SEMANIS/ SEMANES/ SEWARIS/ WARIS ini bernaung di bawah Pertubuhan Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS) yang juga merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Pemimpin daripada persatuan-persatuan tersebut merupakan kepimpinan yang baru dilantik dalam sesi yang baru dan kesempatan Retreat MANIS 2017 ini diambil untuk menerangkan penubuhan, objektif dan peranan MANIS, tatacara permohonan program, tatacara kewangan dan juga tatacara laporan program. Mereka bukan sahaja diberi input secara ilmiah tetapi disulami dengan modul-modul fizikal dan rekreasi bagi membentuk ketahanan dan jati diri yang mantap.

Program yang disokong kuat oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Penaung MANIS ini merupakan cetusan kepada program-program berunsur kemasyarakatan yang akan dilaksanakan oleh setiap persatuan di seluruh Negeri Sembilan. Ini bersesuaian dengan saranan beliau agar mahasiswa yang menuntut ilmu di luar, kembali semula berbakti kepada rakyat di Negeri Sembilan di samping mewakafkan ilmu, tenaga dan kepakaran yang ada pada setiap mahasiswa.

Penutup program ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Encik Zairil Nor Azman, Ketua Bahagian Pendidikan, Yayasan Negeri Sembilan. Turut hadir, Encik Zahier Suaidy Abdul Samad, Pegawai Yayasan Negeri Sembilan, Saudara Anwar Muttaqin, Presiden MANIS, wakil Dkok Camp dan semua jawatankuasa dan peserta.

                       
     
 

Pautan Agensi

Pautan Akhbar

     

Pautan Laman Sosial

2016 © Hakcipta Terpelihara Yayasan Negeri Sembilan   Dasar Privasi /  Dasar Keselamatan

PENAFIAN

Yayasan Negeri Sembilan tidak bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi menerusi Laman ini.  Paparan terbaik adalah Google Chrome Browser, Mozilla Firefox Ver. 1.5 ke atas, Internet Explorer 7.0 atau 8.0 dengan resolusi 1024 x 768 minimum.

Bookmaker review site http://wbetting.co.uk/ for William Hill