A- A A+

 OKU

  • yns-1
  • yns-2
  • yns-3
  • yns-4
  • yns-5

Bilangan Pelawat

0194467
hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan ini
Bulan Lepas
Keseluruhan Hari
188
744
5223
6598
22326
24426
194467

Online (15 minutes ago):9
9 guests

Your IP:54.161.8.205

Bayaran Balik Online

Bayaran Balik Pinjaman Online

Untuk Manual Pembayaran, sila Klik disini

  

Anugerah Siswazah Cemerlang

Written by Super User on .

SEREMBAN, 26 OKTOBER 2016 – Terdapat seramai 1,290 penerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama semenjak ia diperkenalkan pada tahun 2006. Berikut dinyatakan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan ketika berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Kelas Pertama Negeri Sembilan anjuran Yayasan Negeri Sembilan (YNS) di Klana Resort Seremban.

Menurut Menteri Besar, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 7.76 juta sejak pertama kali anugerah ini diperkenalkan. Pada majlis ini, seramai 190 siswazah kelas pertama telah menerima anugerah dengan peruntukan berjumlah RM950,000 yang mana setiap seorang menerima RM5,000. Penerima terdiri daripada siswazah Institut Pengajian Tinggi Awam, Swasta dan Universiti Luar Negara. Terdapat juga beberapa kumpulan siswazah cemerlang akan menerima anugerah sama di dalam majlis berbeza yang dirancang oleh YNS. Menteri Besar turut mengambil kesempatan meluangkan masa beramah mesra dengan para siswazah dan ibu bapa yang turut meraikan kejayaan anak mereka.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Dato’ Dr Haji Awaludin Said; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Haji Mat Ali Hassan dan Exco Pendidikan dan Kesihatan Negeri Sembilan, Dato’ Shamshulkahar Mat Deli.

 

 

Pautan Agensi

Pautan Akhbar

Pautan Laman Sosial

2016 © Hakcipta Terpelihara Yayasan Negeri Sembilan   Dasar Privasi /  Dasar Keselamatan

PENAFIAN

Yayasan Negeri Sembilan tidak bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi menerusi Laman ini.  Paparan terbaik adalah Google Chrome Browser, Mozilla Firefox Ver. 1.5 ke atas, Internet Explorer 7.0 atau 8.0 dengan resolusi 1024 x 768 minimum.

Bookmaker review site http://wbetting.co.uk/ for William Hill