A- A A+

 OKU

  • yns-1
  • yns-2
  • yns-3
  • yns-4
  • yns-5

Bilangan Pelawat

0624730
hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan ini
Bulan Lepas
Keseluruhan Hari
523
788
3089
4916
8907
20813
624730

Online (15 minutes ago):7
7 guests

Your IP:54.221.147.93

Bayaran Balik Online

Bayaran Balik Pinjaman Online

Untuk Manual Pembayaran, sila Klik disini

  

Penjadualan

Written by Super User on .

PROMOSI 3

Penjadualan Balik Bayaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan

 

 SOALAN 1

 Bilakah promosi ini bermula?

 JAWAPAN 1

 Promosi ini bermula pada 1 Februari 2018.

 

 SOALAN 2

 Apakah yang dimaksudkan dengan penjadualan semula bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan?

 JAWAPAN 2

 Penjadualan semula bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bermaksud menyusun dan menjadualkan semula bayaran balik pinjaman pendidikan untuk   mengurangkan tunggakan yang ditanggung oleh peminjam dan seterusnya menyusun semula bayaran balik pinjaman pendidikan yang dibayar secara konsistan setiap bulan   oleh peminjam.

 Tarikh mula bayar juga akan ditukarkan kepada tarikh di mana permohonan diluluskan dan seterusnya tunggakan dilupuskan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 SOALAN 3

 Siapakah yang layak memohon penjadualkan bayaran balik pinjaman tersebut?

 JAWAPAN 3

 Semua peminjam Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan yang tertunggak layak untuk memohon penjadualkan semula bayaran pinjaman pendidikan mereka.

 

 SOALAN 4

 Adakah peminjam yang telah tamat tempoh bayaran balik dalam perjanjian  atau telah dirujuk ke mahkamah layak untuk menjadualkan semula bayaran balik pinjaman?

 JAWAPAN 4

 Peminjam yang telah tamat tempoh bayaran balik dalam perjanjian  atau telah dirujuk ke mahkamah masih layak memohon untuk menjadualkan semula bayaran balik   pinjaman, walau bagaimanapun, tunggakan pinjaman merujuk kepada baki pinjaman dan kos-kos yang berkenaan seperti yang tercatit dalam penyata akaun peminjam.

 

 SOALAN 5

 Bagaimanakah caranya untuk menjadualkan semula bayaran balik pinjaman tersebut?

 JAWAPAN 5

Peminjam hendaklah mengisi borang penjadualan semula bayaran balik pinjaman yang boleh didapati di laman web Yayasan Negeri  Sembilan  www.yns.gov.my atau klik disini.

 

 SOALAN 6

 Apakah syarat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan?

 JAWAPAN 6

 Untuk menjadualkan semula bayaran balik pinjaman, peminjam hendaklah membayar setengah dari tunggakan termasuk kos-kos yang terlibat dan setelah diluluskan   peminjam bolehlah membuat bayaran balik balik pinjaman secara konsistan menguikut perjanjian.

 Bagi peminjam-peminjam yang tamat tempoh bayaran balik dalam perjanjian atau telah dirujuk ke mahkamah, baki pinjaman pada penyata akaun dikira sebagai tunggakan.

 

 SOALAN 7

 Apakah kaedah bayaran yang dicadangkan untuk membayar setengah dari tunggakan?

 JAWAPAN 7

 Peminjan boleh membuat bayaran setengah dari tunggakan dengan cara bayaran tunai di kaunter, bayaran menggunakan cek bayaran memalui Jompay dan bayaran   menggunakan akaun 2 KWSP.

 

 SOALAN 8

 Setelah membayar setengah dari tunggakan, apakah cara bayaran yang sesuai untuk memastikan bayaran konsisten?

 JAWAPAN 8

 Pemohon boleh membuat bayaran konsistan dengan cara potongan gaji, potongan akaun bank, bayaran tunai, cek tertunda dan bayaran memalui Jompay.  Walau   bagaimanapun kadar bayaran adalah seperti mana yang telah diluluskan dalam permohonan penjadualan semula.

 

 SOALAN 9

 Sekiranya permohonan penjadualan semula bayaran balik pinjaman pendidikan diluluskan dan setengah dari tunggakan telah dibayar, tetapi peminjam gagal membuat   bayaran balik pinjaman secara konsisten mengikut kadar yang telah diluluskan, apakah tindakan yang akan diambil oleh Yayasan Negeri Sembilan?

 JAWAPAN 9

 Sekiranya peminjam gagal membuat bayaran secara konsistan seperti yang telah diluluskan dalam permohonan penjadualan semula bayaran balik pinjaman pendidikan,   Yayasan Negeri Sembilan akan membatalkan penjadulan semula tersebut dan akan mengambil tindakan seterusnya sehingga keperingkat undang-undang dan CTOS.

 

 SOALAN 10

 Bilakah tarikh akhir bayaran setiap bulan sepatutnya diterima oleh Yayasan Negeri Sembilan?

 JAWAPAN 10

 Untuk memastikan bayaran konsisten, bayaran hendaklah diterima oleh Yayasan Negeri Sembilan dan dikreditkan kepada akaun peminjam sebelum 28 haribulan setiap   bulan.

Pautan Agensi

Pautan Akhbar

     

Pautan Laman Sosial

 

2016 © Hakcipta Terpelihara Yayasan Negeri Sembilan   Dasar Privasi /  Dasar Keselamatan

PENAFIAN

Yayasan Negeri Sembilan tidak bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi menerusi Laman ini.  Paparan terbaik adalah Google Chrome Browser, Mozilla Firefox Ver. 1.5 ke atas, Internet Explorer 7.0 atau 8.0 dengan resolusi 1024 x 768 minimum.
  • Tarikh Kemaskini:Thursday 15 November 2018, 04:16:38.

Bookmaker review site http://wbetting.co.uk/ for William Hill