Create a Joomla website with Joomla Templates. These Joomla Themes are reviewed and tested for optimal performance. High Quality, Premium Joomla Templates for Your Site

Kemudahan di Rembau Crystal

Dalam merealisasikan tujuan tersebut pihak Yayasan Negeri Sembilan telah menyumbangkan sebidang tanah seluas lebih kurang 4.5 ekar di Daerah Rembau untuk dijadikan kompleks perkampungan kristal yang terbesar di Malaysia.

Perkampungan ini juga dijangkakan akan dapat menarik pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri sebagai salah satu destinasi mereka di mana ianya secara tidak langsung dapat memperkenalkan kraftangan hasil keluaran anak tempatan dan juga meletakkan daerah Rembau didalam peta perlancongan di Malaysia. Selain daripada barangan keluaran syarikat Rembau Crystal Sdn. Bhd., struktur bangunan pejabat dan galeri juga merupakan salah satu contoh hasil kraftangan warisan melayu kerana ianya merupakan bangunan berbentuk minangkabau lama dan diperbuat daripada kayu dan papan. 

rc2    rc3

BANGUNAN UTAMA                                        GALERI

rc4    rc5

                                                                            SURAU

 Sebagai menjamin kesinambungan hasil seni kristal ini, pihak pengurusan telah mengambil pelatih seramai 25 orang untuk dijadikan tenaga kerja mahir di mana tempoh latihan selama 1 tahun akan diberikan kepada pelatih ini. Selepas tamat tempoh tersebut , kesemua 25 pelatih ini akan diambil bekerja di Rembau Crystal Sdn Bhd. Pelatih-pelatih tersebut akan diberikan pendedahan secara menyeluruh tentang seni pembuatan kristal. Mereka juga dibekalkan dengan peralatan-peralatan kerja yang mencukupi dalam setiap latihan. Ini termasuklah bahan mentah dan sebagainya. Satu bangunan khas yang dinamakan sebagai "Bengkel Latihan" telah diwujudkan bagi keselesaan pelatih tersebut menjalani latihan.

Para pelatih tersebut dipilih daripada remaja yang telah tercicir di dalam pelajaran di sekolah. Ini bertujuan bagi memberikan mereka peluang untuk mencipta kemahiran yang tidak ditawarkan dimana jua di negara ini di samping dapat mencegah remaja tersebut daripada terlibat dalam gejala yang tidak sihat. Selain daripada kemahiran yang diajarkan, mereka juga diberikan elaun sebanyak RM210.00 sebulan sebagai wang saku.

  rc6    rc7 

 PUSAT LATIHAN                                         RUMAH PRODUKSI

  rc8   rc9

                                                                        ASRAMA

 

 

 Print  Email