1. Iklan Sebutharga Perkhidmatan Percetakan di Yayasan Negeri Sembilan.
Pembekal atau syarikat yang berminat untuk menyertai sebutharga ini wajib menghadiri hari taklimat pada 01 Disember 2016 bertempat di bilik mesyuarat, Yayasan Negeri Sembilan, jam 10.00 pagi. Kegagalan menghadiri sesi tersebut akan menyebabkan tawaran sebutharga tidak dipertimbangkan. Dokumen sebutharga akan dikeluarkan kepada syarikat atau wakil yang sah sahaja. Untuk maksud ini syarikat atau wakil hendaklah membawa SIJIL PENDAFTARAN ASAL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA serta Cop Syarikat. Sekiranya wakil, sila sertakan bersama surat Perakuan wakil daripada syarikat.
2. Iklan Sebutharga Perkhidmatan Membekal Alat Tulis dan Dakwat Pencetak di Yayasan Negeri Sembilan.
Taklimat akan diadakan pada 01 Disember 2016, bertempat di Bilik Mesyuarat, Yayasan Negeri Sembilan, jam 11.30 pagi. Kegagalan menghadiri sesi tersebut akan menyebabkan tawaran sebutharga tidak dipertimbangkan. Dokumen sebutharga akan dikeluarkan kepada syarikat atau wakil yang sah sahaja. Untuk maksud ini syarikat atau wakil hendaklah membawa SIJIL PENDAFTARAN ASAL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA serta Cop Syarikat. Sekiranya wakil, sila sertakan bersama surat Perakuan wakil daripada syarikat.
]]>