Anugerah Cemerlang Kelas Pertama

on .

ANUGERAH CEMERLANG KELAS PERTAMA

Kerajaan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan menyediakan Anugerah Cemerlang kepada graduan-graduan yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda  secara sepenuh masa dengan cemerlang dan memperolehi Kelas Pertama dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Universiti Luar Negara.  Bagi IPTS dan Universiti Luar Negara perlulah di iktiraf oleh Kerajaan ( Jabatan Perkhidmatan Awam ). Penganugerahan ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-

1. Institut Pengajian Tinggi Awam - berkuatkuasa bermula pada tahun 2006.

2. Institut Pengajian Tinggi Swasta / Universiti Luar Negara - berkuatkuasa bermula pada tahun 2008.

Bagi IPTS tempatan, hanya dianugerahkan kepada Universiti-universiti dimana syarikatnya dimiliki oleh kerajaan seperti :-

i.)    UNITEN

ii.)   MMU

iii.)  Telekom

iv.) Petronas

v.)  Majlis Amanah Rakyat Mara

Graduan -graduan yang lulus sebelum tarikh kuatkuasa tersebut adalah tidak layak dipertimbangkan.

Bagi Universiti Luar Negara, pemohon hendaklah memohon surat pengiktirafan dari Unit Pengiktirafan Kelayakan Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam. Pemohon yang mengikuti pengajian sepenuh masa di kampus induk sahaja layak dipertimbangkan.

Bookmaker review site http://wbetting.co.uk/ for William Hill