LAMAN WEB RASMI

YAYASAN NEGERI SEMBILAN


Developed By iPixel Creative

Permohonan Pinjaman Pendidikan

Cetak
PDF

logo

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN BAGI KURSUS PERINGKAT PhD., SARJANA, IJAZAH SARJANA MUDA, DAN DIPLOMA BAGI SESI PENGAJIAN 2012/2013

Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus peringkat PhD., Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

i)   Semua Universiti Awam Tempatan (IPTA)

ii)  Semua Politeknik Tempatan (Kementerian Pengajian Tinggi)

iii) Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS)

iv) Sekolah Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.  Tawaran adalah terbuka kepada calon-calon anak Negeri Sembilan

Atau

a)   Salah seorang daripada ibu/bapa kelahiran Negeri Sembilan

Atau

b)  Salah  seorang  daripada  ibu/bapa  telah  menetap tidak kurang  dari  lapan   (8) tahun berterusan di Negeri Sembilan. (Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan / Ketua Kampung / Penghulu / JKKK / Wakil Rakyat kawasan berkenaan hendaklah dilampirkan)

2.   Pendapatan keluarga tidak melebihi RM6,000.00.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri Sembilan dan melalui dari laman web www.yns.gov.my.

PENTING

Borang permohonan hanya akan diberi kepada pemohon yang telah ditawarkan tempat masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam secara sepenuh masa dengan mengemukakan salinan surat tawaran yang telah disahkan.

PERINGATAN

  1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.
  2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap bahawa permohonan tersebut tidak berjaya

PERMOHONAN DIBUKA:-

  • 01 Jun          - 31 Julai
  • 01 November - 31 Disember
Diploma
  • 01 September  - 31 Oktober
  • 01 Februari   - 31 Mac
Ijazah, Sarjana & PhD

Untuk muat turun Borang Permohonan Pinjaman Pendidikan, sila klik di sini . Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi:

BAHAGIAN PENDIDIKAN
YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-762 8046 (6 talian) | Faks : 06-763 1420

atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Best Price Viagra