|
27 Februari 2013

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN BAGI KURSUS PERINGKAT PhD., SARJANA, IJAZAH SARJANA MUDA, DAN DIPLOMA BAGI SESI PENGAJIAN 2012/2013
Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus peringkat PhD., Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.
i) Semua Universiti Awam Tempatan (IPTA)
ii) Semua Politeknik Tempatan (Kementerian Pengajian Tinggi)
iii) Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS)
iv) Sekolah Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Tawaran adalah terbuka kepada calon-calon anak Negeri Sembilan
Atau
a) Salah seorang daripada ibu/bapa kelahiran Negeri Sembilan
Atau
b) Salah seorang daripada ibu/bapa telah menetap tidak kurang dari lapan (8) tahun berterusan di Negeri Sembilan. (Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan / Ketua Kampung / Penghulu / JKKK / Wakil Rakyat kawasan berkenaan hendaklah dilampirkan)
2. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM6,000.00.
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri Sembilan dan melalui dari laman web www.yns.gov.my.
PENTING
Borang permohonan hanya akan diberi kepada pemohon yang telah ditawarkan tempat masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam secara sepenuh masa dengan mengemukakan salinan surat tawaran yang telah disahkan.
PERINGATAN
Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap bahawa permohonan tersebut tidak berjayaPERMOHONAN DIBUKA:-
- 01 Mei - 31 Julai
- 01 November - 31 Januari
Diploma
- 01 Ogos - 31 Oktober
- 01 Februari - 30 April
Ijazah
Untuk muat turun Borang Permohonan Pinjaman Pendidikan, sila klik di sini . Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi:
BAHAGIAN PENDIDIKANYAYASAN NEGERI SEMBILANTingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri SembilanJalan Yam Tuan70000 SerembanNegeri SembilanTel : 06-762 8046 (6 talian) | Faks : 06-763 1420atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya











2013 (3)