Deprecated: iconv_set_encoding(): Use of iconv.internal_encoding is deprecated in /home/ynssgov/public_html/v6/libraries/joomla/string/string.php on line 27

Deprecated: iconv_set_encoding(): Use of iconv.input_encoding is deprecated in /home/ynssgov/public_html/v6/libraries/joomla/string/string.php on line 28

Deprecated: iconv_set_encoding(): Use of iconv.output_encoding is deprecated in /home/ynssgov/public_html/v6/libraries/joomla/string/string.php on line 29

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/ynssgov/public_html/v6/libraries/cms/application/cms.php on line 382
Laman Web Rasmi Yayasan Negeri Sembilan

YNS Management Sdn Bhd

YNS Management Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh (100%) Yayasan Negeri Sembilan yang ditubuhkan pada tahun 1992. Syarikat ini merupakan syarikat 100% Bumiputera dan diterajui oleh empat (4) orang Ahli Lembaga Pengarah yang berpengalaman di bidang perniagaan.

YNS Management Sdn Bhd merupakan kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam bidang perkhidmatan pembersihan dan pembekalan. Sehingga kini, syarikat telah memberi perkhidmatan pembersihan kepada jabatan-jabatan kerajaan dan swasta. Di antara jabatan-jabatan yang mendapat perkhidmatan dan pembersihan pejabat adalah Yayasan Negeri Sembilan, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, FAMA, Jabatan Perangkaan, Bank Islam Malaysia Berhad, Mahkamah Tinggi Seremban, JPJ Seremban dan lain-lain jabatan di bangunan Yayasan Negeri Sembilan.

Berdasarkan kepada kestabilan dan keupayaan pengurusan serta komitmen kakitangan, syarikat berusaha untuk memasuki kontrak pembersihan yang lebih besar. Syarikat berkemampuan untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut memandangkan syarikat mempunyai kemudahan seperti tenaga pekerja dan mesin-mesin yang diperlukan.

 

Perkhidmatan

Penubuhan YNS Management Sdn Bhd adalah bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kakitangan kepada Yayasan Negeri Sembilan dan juga syarikat-syarikat lain di bawah Yayasan Negeri Sembilan. Di samping itu juga, syarikat menjalankan perniagaan seperti urusniaga saham, menyediakan khidmat pengurusan, pembersihan bangunan, tempat letak kereta dan lain-lain lagi.

Secara ringkas, aktiviti YNS Management Sdn Bhd adalah :
  • Memberi perkhidmatan perakaunan kepada anak syarikat Yayasan Negeri Sembilan
  • Mengendalikan urusniaga saham Yayasan Negeri Sembilan dan anak-anak syarikat
  • Memberi perkhidmatan pembersihan pejabat
  • Mengendalikan seminar / kursus pengurusan
  • Membekal makanan bermasak Islam
  • Membekal bahan makanan mentah kering
  • Membekal perabot
  • Membekal mesin-mesin pejabat
 

 Print  Email

Hubungi YNSM

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En Mohd Muazam Shah bin Mohd Idris di talian 06-765 2514 / 2515 atau datang terus ke:

YNS MANAGEMENT SDN BHD
Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan

 Print  Email