Promosi

Rebat

PROMOSI 1

Rebat sehingga 25% dari bayaran terakhir keseluruhan baki pinjaman.

#rebatuntuksemuapeminjam

 

 SOALAN 1

 Bilakah promosi ini bermula?

  JAWAPAN 1

 Promosi ini bermula pada 1 Februari 2018 sehingga 31 Disember 2018.

 

 SOALAN 2

 Siapakah yang layak mendapat rebat 25% ini?

 JAWAPAN 2

 Semua peminjam yang masih dalam tempoh bayaran balik pinjaman layak mendapat rebat 25% dari bayaran terakhir keseluruhan baki pinjaman.

 

 SOALAN 3

 Apakah maksud “peminjam yang masih dalam tempoh bayaran balik pinjaman” ?

  JAWAPAN 3

Peminjam yang masih dalam tempoh bayaran balik pinjaman bermaksud peminjam yang membuat bayaran mengikut perjanjian dan masih belum dikenakan tindakan undang-undang oleh Yayasan Negeri Sembilan.

 

 SOALAN 4

 Apakah yang dimaksudkan tindakan undang-undang?

 JAWAPAN 4 

 Tindakan undang-undang bermaksud tindakan sekurang-kurangnya surat “Notice of Demand” yang dikeluarkan oleh panel peguam yang telah dilantik oleh Yayasan Negeri Sembilan kepada peminjam-peminjam yang gagal melunaskan tunggakan walaupun surat Amaran   Akhir telah dikeluarkan oleh Yayasan Negeri Sembilan. Dengan   keluarnya surat Notice of Demand” bermaksud tempoh bayaran balik pinjaman   telah terbatal dan peminjam tidak layak lagi membuat bayaran ansuran secara bulanan   seperti dalam perjanjian tetapi hendaklah membuat bayaran penuh termasuk kos- kos yang terbabit.

 

 SOALAN 5

 Adakah peminjam yang telah tamat tempoh bayaran balik pinjaman atau telah dikenakan tindakan undang-undang layak menerima rebat?

 JAWAPAN 5

 Masih layak. Walau bagaimanapun, rebat yang diberikan kepada peminjam-peminjam yang telah tamat tempoh bayaran balik pinjaman atau telah dikenakan tindakan   undang-undang hanya layak menerima 10% sahaja dari bayaran terakhir keseluruhan baki pinjaman.

 

 SOALAN 6

 Apakan yang dimaksudkan kos-kos yang terbabit?

 JAWAPAN 6

 Kos-kos yang terbabit bermaksud, kos tambahan kepada jumlah pinjaman yang dikira untuk menguruskan tuntutan bayaran balik pinjaman seperti kos guaman, carian dan   sebagainya seperti yang termaktub dalam perjanjian Fasal 12.

 

 SOALAN 7

 Bagaimanakah cara untuk memohon rebat tersebut?

 JAWAPAN 7

Peminjam boleh memuat turun borang permohonan rebat di laman web Yayasan Negeri Sembilan www.yns.gov.my atau klik disini. Sila hubungi Bahagian Pendidikan untuk keterangan lanjut.

 

 SOALAN 8

 Bagaimanakan cara untuk membuat bayaran untuk melayakan peminjam mendapat rebat?

 JAWAPAN 8

 Peminjam boleh membuat bayaran penuh termasuk kos-kos yang terbabit secara tunai atau cek di kaunter Yayasan Negeri Sembilan, Jompay atau pengeluaran akaun   2 KWSP.  Slip bayaran hendaklah disertakan bersama permohonan sebagai bukti pembayaran.

 

 SOALAN 9

 Peminjam telah mengeluarkan simpanan dalam akaun 2 KWSP untuk melunaskan baki pinjaman, walau bagaimanapun baki akaun 2 KWSP tidak mencukupi   untuk melunaskan baki pinjaman.  Peminjam telah membayar secara tunai di kaunter YNS.  Adakah peminjam layak menerima rebat untuk kedua-dua bayaran?

 JAWAPAN 9

 Ya layak.  Peminjam layak menerima rebat untuk kedua-dua bayaran tersebut.  Walau bagaimanapun peminjam hendaklah mengisi borang kebenaran pengeluaran akaun   2 KWSP terlebih dahulu dan menyatakan di borang tersebut untuk membayar tunai segala kekurangan bayaran dalam tempoh 30 hari selepas YNS menerima cek   daripada KWSP.

 

 SOALAN 10

 Bilakan rebat tersebut dibayar?

 JAWAPAN 10

 Rebat akan dibayar apabila pengurusan Yayasan Negeri Sembilan meluluskan permohonan dan setelah berpuashati keseluruhan baki pinjaman telah dijelaskan termasuk   kos-kos yang terbabit.

 

 SOALAN 11

 Bagaimanakan rebat ini akan dibayar?

 JAWAPAN 11

 Rebat akan dibayar kepada pemohon dengan cara EFT (Electronic Fund Transfer) ke akaun pemohon berdasarkan akaun dinyatakan oleh pemohon dalam borang 

 permohonan.

 

 SOALAN 12

 Berapa lamakah tempoh yang dibenarkan untuk memohon rebat tersebut?

 JAWAPAN 12

 Rebat hanya layak dipohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh bayaran terakhir di buat.  Pemohonan yang lewat tidak akan diproses.

 

 SOALAN 13

 Bagaimanakan rebat di kira?

JAWAPAN 13

 Pengiraan rebat adalah seperti berikut :

 

 BAYARAN REBAT 25%

 

Jumlah Pinjaman                 : RM25,000.00

Jumlah telah dibayar            : RM 5,000.00

Jumlah baki pinjaman          : RM20,000.00

Jumlah yang dibayar            : RM20,000.00

 

 Rebat 25% yang diterima     : RM  5,000.00

 

BAYARAN REBAT 10%

 

Jumlah Pinjaman                 : RM25,000.00

Jumlah telah dibayar            : RM 5,000.00

Jumlah baki pinjaman          : RM20,000.00

Kos guaman                        : RM    580.00

Baki pinjaman termasuk kos : RM20,580.00

Jumlah yang dibayar            : RM20,580.00

 

Rebat 10% yang diterima     : RM  2,058.00

Diskaun

PROMOSI 2

Diskaun sebulan bayaran balik Pinjaman Pendidikan kepada peminjam yang membayar secara konsisten mengikut perjanjian selama 12 bulan berturut turut.

 

 SOALAN 1

 Bilakah promosi ini bermula?

 JAWAPAN 1

 Promosi ini bermula pada 1 Februari 2018.

 

 SOALAN 2

 Apakah yang dimaksudkan dengan diskaun sebulan bayaran balik bagi peminjam yang membuat bayaran secara konsisten mengikut perjanjian untuk tempoh 12 bulan?

 JAWAPAN 2

 Ia bermaksud diskaun sebulan bayaran balik pinjaman yang diberikan oleh Yayasan Negeri Sembilan kepada peminjam yang membuat bayaran balik secara konsisten   selama 12 bulan mengikut jumlah bayaran balik di dalam perjanjian.

 

 SOALAN 3

 Siapakah yang layak mendapat diskaun tersebut?

 JAWAPAN 3

 Semua peminjam Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan yang membayar secara konsisten selama 12 bulan berturut-turut mengikut jumlah bayaran balik di dalam   perjanjian bermula dari 1 Februari 2018 dan tidak mempunyai tunggakan layak untuk mendapat diskaun tersebut.

 

 SOALAN 4

 Sekiranya pinjaman masih tertunggak dan peminjam telah membayar secara konsistan mengikut perjanjian, adakah peminjam layak menerima diskaun tersebut?

 JAWAPAN 4

 Tidak layak.  Peminjam hendaklah menyelesaikan tunggakan terlebih dahulu untuk melayakkan peminjam menerima diskaun.

 

 SOALAN 5

 Sekiranya peminjam tidak mampu menjelaskan tunggakan, bagaimanakah caranya untuk peminjam mendapat diskaun tersebut?

 JAWAPAN 5

 Sekiranya peminjam tidak mampu menjelaskan kesemua tunggakan dan kos-kos yang berkenaan, peminjam boleh memohon rayuan untuk penjadualkan semula bayaran   balik pinjaman dan sekiranya diluluskan peminjam boleh membuat bayaran secara konsisten mengikut perjanjian dan layak untuk mendapat diskaun tersebut.

 

 SOALAN 6

 Bagaimanakah caranya untuk penjadualan semula bayaran balik pinjaman tersebut?

 JAWAPAN 6

Peminjam hendaklah mengisi borang penjadualan semula bayaran balik pinjaman yang boleh didapati di laman web Yayasan Negeri Sembilan  www.yns.gov.my atau klik disini.

 

 SOALAN 7

 Apakah syarat-syarat penjadualan semula bayaran balik pinjaman?

 JAWAPAN 7

 Untuk penjadualan semula bayaran balik pinjaman, peminjam hendaklah membayar setengah dari tunggakan termasuk kos-kos yang terlibat dan setelah diluluskan   peminjam bolehlah membuat bayaran balik pinjaman secara konsisten mengikut perjanjian.

 

 SOALAN 8

 Bilakah bayaran diskaun tersebut boleh diterima?

 JAWAPAN 8

 Bayaran diskaun hanya diluluskan dan diterima oleh peminjam dalam bentuk sebulan bayaran balik pinjaman dengan jumlah sepertimana dalam perjanjian pada bulan ke 13   setelah semakan mendapati bayaran secara konsisten selama 12 bulan berturut-turut seperti dalam perjanjian telah diterima oleh Yayasan Negeri Sembilan.

 

 SOALAN 9

 Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran balik bulanan untuk melayakkan mendapat diskaun tersebut?

 JAWAPAN 9

 Pemohon boleh membuat bayaran konsisten dengan cara potongan gaji, potongan akaun bank, bayaran tunai, cek tertunda dan bayaran melalui Jompay.  Walau   bagaimanapun bayaran hendaklah selaras dengan perjanjian.

 

 SOALAN 10

 Bilakah tarikh akhir bayaran setiap bulan sepatutnya diterima oleh Yayasan Negeri Sembilan?

 JAWAPAN 10

 Untuk memastikan bayaran konsisten, bayaran hendaklah dikreditkan kepada akaun peminjam sebelum 28 haribulan setiap bulan.

 

 SOALAN 11

 Sekiranya telah membuat potongan gaji sebelum ini, tetapi jumlah potongan yang dibuat lebih rendah dari perjanjian, adakah saya layak mendapat diskaun tersebut?

 JAWAPAN 11

 Tidak layak, kerana syarat utama diskaun ini adalah bayaran bulanan yang konsisten mengikut perjanjian. Untuk melayakkan menerima diskaun, pemohon boleh membuat   permohonan potongan gaji yang baru selaras dengan bayaran balik dalam perjanjian. 

More Articles...