Bahagian Pendidikan diketuai oleh En Hanafi bin Harun selaku Penolong Pengarah (Pendidikan) dengan dibantu oleh Pegawai Tadbir (Pendidikan) dan disokong oleh tujuh(7) orang kakitangan.
Fungsi Bahagian Pendidikan
Antara fungsi Bahagian Pendidikan ialah:
Memberi bantuan pendidikan dalam bentuk pinjaman kewangan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), politeknik-politeknik dan Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan. Bagi Kolej yang diiktiraf oleh kerajaan termasuk universiti-universiti luar negara, pemberian pinjaman adalah tertakluk kepada dasar Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Memberi bantuan wang pendaftaran kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) . Kelulusan tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.
Bertanggungjawab dalam pengurusan bayaran balik pinjaman yang telah dikelaurakan supaya ianya dapat semula diperuntukan kepada peminjam-peminjam baru.
Merancang dan menganjurkan program-program bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bagi meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
Merancang dan menganjurkan aktiviti-aktiviti bagi Mahasiswa/Mahasiswi anak Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa/Mahasiswi Anak Negeri Sembilan (PERMANIS)/Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPTA dan Majlis Sekretariat Mahasiswa/wi anak Negeri Sembilan.
Mengurus pusat-pusat tuisyen Yayasan Negeri Sembilan terutama di kawasan luar bandar dengan matlamat melahirkan pelajar-pelajar cemerlang.
Menguruskan pungutan bayaran balik pinjaman pendidikan peminjam-peminjam Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.