PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
S1 :Bagaimana cara untuk memohon pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan?
J1 :Untuk memohon pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan, pemohon semestinya memenuhi syarat-syarat utama iaitu:
i. Lahir di Negeri Sembilan @ tinggal di Negeri Sembilan melebihi lapan (8) tahun
atau
ii. Ibubapa merupakan anak Negeri Sembilan
iii. Menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam bagi peringkat sijil, Diploma, Ijazah, Master
atau PHD secara sepenuh masa.
Borang permohonan pinjaman boleh didapati di Pejabat Yayasan Negeri Sembilan atau muaturun di Laman Web Rasmi Yayasan Negeri Sembilan.
S2 : Bagaimana pihak Yayasan Negeri Sembilan membuat pembayaran pinjaman pendidikan kepada peminjam?
J2 : Yayasan Negeri Sembilan akan membuat pembayaran menerusi semua Bendahari Universiti Tempatan kecuali Universiti Teknologi Mara dan Politeknik. Yayasan Negeri Sembilan akan membayar terus menerusi akaun individu peminjam yang menuntut di Universiti Teknologi Mara dan Politeknik.
Pembayaran pinjaman pendidikan akan di bayar mengikut semester. Peminjam perlu kemukakan slip keputusan peperiksaan setiap semester untuk pembayaran seterusnya.
S3 : Bila pihak Yayasan Negeri Sembilan membuat tuntutan bayaran balik pinjaman pendidikan setelah peminjam tamat belajar?
J3 : Yayasan Negeri Sembilan akan membuat tuntutan bayaran balik pinjaman selepas enam(6) bulan dari tarikh tamat belajar bagi seseorang peminjam. Yayasan Negeri Sembilan akan memaklumkan kepada peminjam menerusi surat pemberitahuan.
S4 : Bagaimana cara untuk membuat pembayaran balik pinjaman?
J4 : Terdapat empat(4) cara untuk membuat bayaran balik pinjaman iaitu:-
i. Membuat bayaran secara tunai di kaunter pembayaran Yayasan Negeri Sembilan
ii. Membuat bayaran menerusi wang pos, pos order atau cek
iii. Membuat potongan gaji menerusi majikan
iv. Membuat potongan menerusi arahan tetap bank.