Majlis Serahan Sumbangan Zakat Perniagaan

25 Februari – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat Perniagaan Tahun 2019 kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan daripada Gemencheh Granite Sdn Bhd, Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd dan Bina Masyhur Sdn Bhd.

Datuk Haji Amli bin Talib, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gemencheh Granite Sdn Bhd telah menyerahkan cek berjumlah RM97,839.75.

Manakala Sr Hj Abdul Latif bin Hitam, Ketua Pegawai Eksekutif Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd telah menyerahkan cek berjumlah RM549,153.42 bagi pihak Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd dan Bina Masyhur Sdn Bhd.

Semoga dengan pelaksanaan zakat perniagaan oleh syarikat yang terbabit pada hari ini akan diberi gantian keuntungan berlipat kali ganda oleh Allah SWT bukan hanya di dunia bahkan juga di hari akhirat kelak, Insya-Allah.