Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba Untuk Mahasiswa Anak-Anak Negeri Sembilan Dari Golongan Asnaf dan Keluarga B40

25 Februari – Telah berlanngsung Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba Untuk Mahasiswa Anak-Anak Negeri Sembilan Dari Golongan Asnaf dan Keluarga B40. Majlis ini telah disempurnakan Menteri besar Negeri Sembilan bagi menerima 100 buah komputer riba daripada beberapa buah syarikat dan NGO untuk diagihkan kepada mahasiswa dan mahasiswi daripada golongan B40 dan juga asnaf.

Penggunaan komputer riba menjadi keperluan utama kepada mahasiswa dan mahasiswi di menara gading. Tambahan pula, dalam tempoh PKP yang dilaksanakan sejak Mac 2020 yang lalu suasana pembelajaran telah berubah daripada kebiasaan. Kekangan untuk menghadiri kuliah secara bersemuka menjadikan pembelajaran secara atas talian sebagai norma baharu.

Oleh itu, inisiatif ini diharap dapat membantu mahasiswa dalam mengikuti kelas di atas talian, pembelajaran dan pengajaran dari rumah dan sebagainya.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada:
i. Menteri Besar Negeri Sembilan (Incorporated)
ii. Gemencheh Granite Sdn Bhd
iii. Primuncak Development (Labu) Sdn Bhd
iv. New Times Development Sdn Bhd
v. Negeri Roadstone Sdn Bhd
vi. YNS Management Sdn Bhd
vii. Prisma Spektrum Sdn Bhd
viii. Bumi Bermutu Sdn Bhd
ix. Pertubuhan Sains Dan Kesejahteraan (SWO)
x. Pertubuhan Amal Kebajikan Insan Sejagat (PAKIS MALAYSIA)
xi. Yayasan Negeri Sembilan;
Atas sumbangan yang diberikan bagi membantu mahasiswa dan mahasiswi yang memerlukan.

Semoga usaha ini menggalakkan lebih ramai pihak untuk tampil kehadapan bagi membantu golongan yang memerlukan di Negeri Sembilan, Insya-Allah.