Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba daripada Kumpulan Selia Group kepada 20 orang mahasiswa

24 April 2021-Telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba daripada Kumpulan Selia Group kepada 20 orang mahasiswa yang memerlukan pada petang tadi. YBhg Dato Amli Talib, Ketua Pegawai Eksekutif daripada Kumpulan Selia Group telah menyampaikan sumbangan , disaksikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan Pengarah Yayasan Negeri Sembilan. Semoga bantuan ini dapat membantu anak-anak mahasiswa Negeri Sembilan disamping memberkati usaha murni penyumbang-penyumbang yang berkenaan.