23 September - Dua keluarga keluarga waris peminjam Yayasan Negeri Sembilan yang telah meninggal dunia telah menerima Surat Hapuskira Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dan sumbangan semalam.

Penerima pertama iaitu Allahyarham Mohamad Amirul Mukmin bin Zainal Abidin merupakan graduan lepasan Politeknik Port Dickson dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal, meninggal dunia disebabkan kemalangan jalanraya sewaktu pulang daripada tempat kerja. Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan berbesar hati meluluskan hapuskira pinjaman berjumlah RM 8,000.00.

Penerima kedua iaitu Allahyarhamah Nazatul Yusna Binti Mohammad Akbar merupakan graduan lepasan Politeknik Nilai dalam bidang Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian yang meninggal dunia disebabkan menghidapi penyakit Talasemia. Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan berbesar hati meluluskan hapuskira pinjaman beliau berjumlah RM 3,670.10.

Selain daripada tindakan hapuskira pinjaman oleh Yayasan Negeri Sembilan, pihak Yayasan Negeri Sembilan turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada kedua ibu bapa Allahyarham dan Allahyarhamah dalam majlis tersebut.

(Petikan Artikel FB YAB Menteri Besar Negeri Sembilan)