• Terbuka kepada semua rakyat Negeri Sembilan.
  • Maksimum 1 penyertaan bagi setiap orang.
  • Reka bentuk hendaklah asli, menarik, jelas, mudah dan kemas.
  • Reka bentuk logo mestlah tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan dari pihak ketiga.
  • Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli.
  • Reka bentuk logo hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih dalam komputer grafik (Salinan softcopy berformat PDF, JPEG atau PBG resolusi tinggi.
  • Reka bentuk logo perlu menggambarkan aktiviti, halatuju, syarikat, terutamanya dalam mencapai matlamat syarikat untuk menjadi salah satu syarikat ternama di Negeri Sembilan.
  • Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan dengan memuat naik hasil ciptaan secara dalam talian di pautan https://forms.gle/mrtfvngBpCF7EJ2C7
  • Peserta hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.
  • YNS Management Sdn. Bhd. selaku penganjur mempunyai hak mutlak untuk menggunapakai rekaan pemenang yang telah dipilih (dengan pindaan atau menggunakan reka bentuk asal) untuk tujuan cetakan dan hebahan di mana-mana dokumen, media massa dan media sosial.

poster ynsm

poster yns management