Diskusi PERMANIS Bersama Pengarah YNS

4 Ogos 2022 - JAMUAN MAKAN MALAM DAN DISKUSI PERMANIS BERSAMA PENGARAH YAYASAN NEGERI SEMBILAN

Pada khamis, 4 Ogos 2022, satu jamuan makan malam dan diskusi PERMANIS bersama Pengarah Yayasan Negeri Sembilan (YNS) telah dilangsungkan di Pusat Latihan Sukan Elektronik Negeri Sembilan. Pertemuan ini melibatkan kakitangan Yayasan Negeri Sembilan yang diketuai oleh Pengarah YNS, diiringi pegawai pendidikan YNS, serta kakitangan UPI YNS bersama Kepimpinan Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan yang terdiri daripada Mahasiswa Anak Negeri Sembilan dari Universiti Awam.

Pelbagai perkara dan cadangan telah dibincangkan dan diteliti oleh ahli mesyuarat. Semoga perjumpaan ini akan menjadi titik permulaan kepada satu perjuangan yang mengetengahkan peranan mahasiswa dalam pembangunan insan yang berkualiti di Negeri Sembilan.