Rapat Mahasiswa Tampin
10 Ogos 2022 - RAPAT MAHASISWA TAMPIN
Pada rabu, 10 Ogos 2022, Program Rapat Mahasiswa Tampin telah berjaya dijalankan dengan jayanya di Dewan Al Falah, Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin. Program ini mencatatkan seramai 60 Orang peserta yang terdiri daripada Mahaiswa IPTA dan IPTS, pelajar STPM sekitar kawasan tampin dan turut menghadiri program ini ialah Datuk Dr. Hasan Bin Baharom.
Menerusi program ini, sebuah sesi pertemuan, ramah mesra dan pentas bertukar pendapat disaksikan dalam kalangan siswazah Tampin untuk mencadangkan penubuhan kumpulan bank idea pembangunan Tampin. Program ini juga memberikan pendedahan kepada ruang intelektual yang perlu diteroka oleh mahasiswa Tampin dalam konteks pembangunan sejarah, ekonomi dan sosial. Semoga program ini menjadi pemangkin pembangunan komuniti masyarakat muda dalam komuniti Tampin.