Dewan Waghih Siswa

PENGENALAN DEWAN WAGHIH SISWA (DWS)

Dewan Waghih Siswa (DWS) merupakan program khusus buat generasi muda Anak Negeri Sembilan terutamanya pelajar universiti untuk mengutarakan dan membahaskan idea dan cadangan serta merangka usul-usul berkenaan kepentingan generasi muda di Negeri Sembilan.

DWS adalah usaha untuk untuk memperkasakan (empowering) dan memartabatkan (dignifying) generasi muda Anak Negeri Sembilan untuk terlibat dalam agenda pembangunan Negeri Sembilan.

OBJEKTIF DEWAN WAGHIH SISWA (DWS)

  • Menjadi platform bagi generasi muda Anak Negeri Sembilan menyuarakan pendapat dan pandangan terhadap agenda pembangunan generasi muda Negeri Sembilan.
  • Menyediakan ruang buat generasi muda Anak Negeri Sembilan untuk merangkakan agenda pembangunan Negeri Sembilan.  
  • Memberi pendedahan kepada generasi muda Anak Negeri Sembilan berkenaan dengan urus tadbir Kerajaan Negeri Sembilan terutamanya dalam proses legislatif.
  • Meningkatkan kesedaran politik dan cakna terhadap isu semasa dalam kalangan generasi muda Anak Negeri Sembilan.
  • Melahirkan generasi muda Anak Negeri Sembilan yang berketerampilan dan kompeten sebagai pelapis kepimpinan negara.

KRITERIA AHLI DEWAN WAGHIH SISWA (DWS)

Calon Ahli Dewan Waghih Siswa (DWS) mestilah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berusia 18 tahun sehingga 30 tahun ketika memohon.
  • Lahir Negeri Sembilan atau menetap di Negeri Sembilan (sekurang-kurangnya 3 tahun).
  • Masih menuntut di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi ketika memohon dan CGPA 2.80 ke atas.
  • Mempunyai latar belakang kepimpinan atau penglibatan aktif dalam program kemasyarakatan sera kebolehan untuk berdebat dan berbahas secara kritis dan kritikal dalam bahasa Malaysia.
  • Berpengetahuan luas akan isu-isu semasa, pendidikan, ekonomi, kebajikan, pembangunan generasi muda, setempat, dasar polisi Kerajaan Negeri atau Antarabangsa.
  • Aktif di platform media sosial seperti Facebook, Instagram, LinkedIn atau Tiktok.
  • Tidak disabitkan kesalahan jenayah dan bukan muflis.

PENDAFTARAN PENCALONAN SEBAGAI AHLI DEWAN WAGHIH SISWA (DWS)

Pencalonan sebagai Ahli Dewan Waghih Siswa (DWS) dijalankan secara dalam talian (online). Sila klik pada pautan bit.ly/daftarADWS.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 28 September 2022 (Rabu).

Calon yang melepasi tapisan pertama akan dipanggil untuk sesi temuduga dengan panel pemilih.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Ahli Jawatankuasa di talian 018-9853328 (Nazirul).