Program Khidmat Masyarakat Orang Asli Kampung Kedat










Mantin, 20 Mei 2023 – Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Yayasan Negeri Sembilan mengambil satu inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan dan pengetahuan aspek kesihatan di kalangan komuniti Masyarakat Orang Asli Kampung Kedat, Mantin, Negeri Sembilan. seramai 230 orang peserta dari komuniti setempat telah hadir menjayakan program ini.
.
Program ini memberi pendedahan dan Pendidikan kesihatan secara holistik melalui aktiviti saringan kesihatan, kaunseling kesihatan, demonstrasi serta pameran kesihatan.
Oleh demikian, sepanjang program ini dijalankan reaksi positif dari penduduk kampung kedat telah diterima dan menyatakan bahawa program ini membantu mengukuhkan pengetahuan dan konsep kebersihan diri, masyarakat serta persekitaran dalam meningkatkan kesejahteraan rohani dan jasmani.