Latar Belakang

Yayasan Negeri Sembilan telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui peruntukan Enakmen Negeri Sembilan No. 6 tahun 1979. Tujuan penubuhan Yayasan Negeri Sembilan adalah untuk membantu dan meningkatkan kemajuan pendidikan, sukan, kebudayaan dan meluaskan peluang mendapat pendidikan lanjutan di kalangan anak-anak Negeri Sembilan dan warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan.

Tentang Kami

Unit pembangunan insan YNS bertanggungjawab menjalankan aktiviti kebajikan berteraskan pendidikan, belia serta mahasiswa.

Program Yang Dijalankan

Antara program yang dijalankan oleh Unit Pembangunan Insan YNS adalah Bantuan Sara Hidup Mahasiswa (BSH), Bantuan Komputer Riba, Program Peluang Kerjaya Belia, Sekretariat Mahasiswa Negeri Sembilan yang menyelaraskan serta beberapa program kolaborasi bersama Universiti Awam.

  • Bantuan Sara Hidup (BSH)

Antara program yang dijalankan oleh Unit Pembangunan Insan YNS adalah Bantuan Sara Hidup Mahasiswa (BSH), Bantuan Komputer Riba, Program Peluang Kerjaya Belia, Sekretariat Mahasiswa Negeri Sembilan yang menyelaraskan serta beberapa program kolaborasi bersama Universiti Awam

  • Bantuan Komputer Riba

Bantuan komputer riba anak Negeri Sembilan merupakan inisiatif kerajaan negeri dan Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak - anak Negeri Sembilan terutamanya golongan asnaf dan B40 yang terkesan akibat dari penularan wabak covid-19 dalam pembelajaran secara atas talian.

  • Program Kerjaya Belia Negeri Sembilan

Yayasan Negeri Sembilan (YNS) bersama syarikat mahupun agensi luar yang terpilih, akan menawarkan peluang pekerjaan kepada semua graduan dan belia khususnya dari Negeri Sembilan melalui Program Pembangunan Kerjaya Yayasan Negeri Sembilan.

    • Kerjasama YNS - NSSDC
      • Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) adalah sebuah institusi latihan hasil usahasama Kerajaan Negeri dan sektor industri yang beroperasi di mantin, Negeri Sembilan. Fungsi utamanya adalah menyediakan latihan teknikal yang "Hands On" kepada pekerja industri.

        YNS dengan kerjasama Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) menawarkan peluang pekerjaan kepada semua graduan dan belia khususnya dari Negeri Sembilan melalui Program Pembangunan Kerjaya YNS.

        Program ini akan menjalankan sesi temuduga bersama kumpulan majikan yang terdiri daripada syarikat syarikat perkilangan di sekitar Negeri Sembilan. Sekiranya diterima, pemohon akan menjalani kursus latihan persediaan pekerjaan di NSSDC sebelum bermula kerja di syarikat yang terpilih.

  • Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan

Sekretariat Mahasiswa anak Negeri Sembilan merupakan sebuah pertubuhan pusat yang bernaung di bawah Unit Pembangunan Insan, Yayasan Negeri Sembilan.

Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan adalah sebuah organisasi yang menyatukan persatuan mahasiswa anak Negeri Sembilan yang berdaftar di setiap universiti awam.

Sekretariat menerusi kerjasama YNS sentiasa menganjurkan program - program bersama mahasiswa sama ada di tempat pengajian dan sekitar Negeri Sembilan.

Antara program yang dianjurkan adalah, khidmat masyarakat yang diadakan di setiap 36 DUN Negeri Sembilan, sukarelawan banjir serta program program ilmiah bersifat akademik.