Pinjaman Pendidikan YNS
Pemohon hendaklah memohon Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terlebih dahulu. Sekiranya gagal mendapatkan PTPTN, pemohon boleh memohon Pinjaman Pendidikan YNS dengan syarat, mengemukakan surat penolakan permohonan PTPTN.
Dan
Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM8400.00 sebulan.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di alamat dibawah :
YAYASAN NEGERI SEMBILAN, TINGKAT 11, BANGUNAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN, JALAN YAM TUAN 70000 SEREMBAN |
Pemohon perlu mengemukakan SURAT PENOLAKAN PERMOHONAN PTPTN terlebih dahulu untuk diberikan Borang Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan |
PENTING
Borang permohonan hanya diberikan kepada pemohon yang mengemukakan SURAT PENOLAKAN PERMOHONAN PTPTN dan telah ditawarkan tempat ke INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM SECARA SEPENUH MASA dengan mengemukakan salinan surat tawaran yang telah disahkan.
PERINGATAN
Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat , tidak akan diproses. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap bahawasa permohonan tersebut tidak berjaya.
TARIKH PERMOHONAN
1 FEBRUARI - 31 MAC |
IJAZAH SARJANA MUDA, SARJANA, PHD (INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM / SEPENUH MASA SAHAJA) |
1 SEPTEMBER - 31 OKTOBER |
1 JUN - 31 JULAI |
DIPLOMA |
1 NOVEMBER - 31 DISEMBER |
Kakitangan Bertanggungjawab
En. Zambari Bin Lockman | Sambungan 218 |