Temu Waghih : Malam Suntiang Sori Destar

PULAU DUYONG, 10 Februari 2023- Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan Zon Timur telah menganjurkan Showcase Yayasan Negeri Sembilan bersempena program Temu Waghih: Malam Suntiang Sori Destar. Program ini mengetengahkan bantuan pendidikan dan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan.
 
Antara bantuan atau inisiatif yang di promosi dan diperkenalkan adalah Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Komputer Riba. Bantuan ini dikhususkan permohonannya kepada mahasiswa anak Negeri Sembilan yang menuntut di Universiti awam atau Politeknik awam seluruh Malaysia.
 
Sepanjang perjalanan program ini menyaksikan kehadiran seramai hampir 200 peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswa anak Negeri Sembilan dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
 
Melalui penganjuran program ini, maklumat berkenaan bantuan pendidikan dan inisiatif kerajaan Negeri Sembilan dapat disampaikan secara langsung kepada penerima bantuan khususnya mahasiswa anak Negeri Sembilan sendiri.