Program Khidmat Masyarakat Agihan Limau Tahun Baru Cina 2024

BAHAU, 18 Februari 2024 - Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (PERMANIS) Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pak Kah Choon telah berjaya mengadakan Program Khidmat Masyarakat Agihan Limau bersempena Tahun Baru Cina 2024 di Kampung Pak Kah Choon Bahau.
 
Turut hadir bersama adalah Cik Fazlina (Pegawai Yayasan Negeri Sembilan Unit Pembangunan Insan), Encik Yap Yuen Fah (Pengerusi JPKK Kg. Pak Kah Choon), Encik Yap Yee Kai (Setiausaha JPKK Kg. Pak Kah Choon) dan para AJK JPKK Kg. Pak Kah Choon. Seusai program pengagihan PERMANIS turut hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Bahau.
 
Penglibatan PERMANIS dalam program ini menunjukkan komitmen mereka terhadap perpaduan dan kerjasama antara pelbagai lapisan masyarakat. Semoga usaha seperti ini dapat terus diperkukuhkan untuk memperkukuhkan perpaduan dan harmoni di kalangan masyarakat di Negeri Sembilan khususnya.
Syabas dan tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan.