Kunjungan Hormat Pengarah Negeri PTPTN Negeri Sembilan Ke YNS

7 Mac 2024 (Khamis) - Satu kunjungan hormat oleh Puan Yushanaliza binti Hamdan, Pengarah Negeri PTPTN Negeri Sembilan bersama deligasi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Yayasan Negeri Sembilan (YNS), Seremban.

Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Encik Azis Jakfar bin Soraji (Ketua Bahagian Pendidikan YNS) dan Encik Muhammad Zahier Suaidy bin Abdul Samad (Pegawai Tadbir Bahagian Pendidikan).

Kunjungan hormat tersebut membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama pihak YNS. Pada masa sama, pihak PTPTN menyampaikan manfaat produk Simpan SSPN dan inisiatif kelahiran anak Negeri Sembilan. Pihak YNS berbesar hati dengan cadangan kerjasama yang akan dilaksanakan bersama PTPTN dan mengalu-alukan perbincangan susulan bersama bagi merealisasikan cadangan tersebut.

Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada pihak PTPTN atas kesudian pihak PTPTN mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Negeri Sembilan amatlah dihargai. Semoga kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan di antara PTPTN dan YNS.